Saturday, October 31, 2009

Kamu tak tahu..

" Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu. padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."  ( Al-Baqarah: 216)

'Program rejected'.


Begitulah yang tertulis pada kertas kerja program 'Ibadah Camp MEDCY'. Nampaknya rancangan kami untuk menghasilkan program yang diharapkan dapat menghidupkan rasa cinta pada Rasulullah dalam kalangan pelajar-pelajar CFS ni tak kesampaian. Selain itu, program ni juga bertujuan menawarkan penyelesaian pada masalah-masalah berkaitan ibadah yang mungkin banyak timbul dalam kalangan pelajar. Juga, menggalakkan pelajar mendampingi para ulama', kerana penceramah jemputannya adalah para ulama' yang 'alim dalam ilmu agama.

Temanya saja: ' Salimul aqidah, shahihul ibadah, matinul khuluq'. Hebat kan bunyinya? Perancangan pun macam hebat. Saya sendiri kagum dengan kertas kerja yang terbaru, tapi nampaknya, tetap ditolak.

Kenapa ditolak? Bermulalah sesi-sesi mencari-cari sebab-sebabnya. Semua orang bertanya itu ini, termasuklah saya sendiri. Bagus juga sebenarnya mencari sebabnya, kira macam post-mortem yang informal la.

Tapi, kita asyik nampak kesalahan. Kesalahan orang itu, kesalahan orang ini, mungkin juga kesalahan kita sendiri. Ya, mungkin memang benar apa yang kita bincangkan, macam yang saya kata tadi, penting sebagai muhasabah.

Tapi jangan sampai kita tersilap menilai. Jangan pula sampai kita tak nampak dan terlupa, sebenarnya ini susunan Allah. Allah lah sebenarnya yang menetapkan bahawa program ni tak diluluskan.

Kenapa? Saya tak tahu. Memang saya tak tahu. Sebab hanya Allah yang Maha Tahu. Tapi saya yakin, apa yang Allah dah tetapkan inilah yang terbaik untuk kami semua. Pasti ada hikmah besar yang Allah simpan di sebaliknya.

Apa hikmahnya? Belum juga saya tahu. Saya tak tahu, sebab saya hanya HAMBA. Padahal Allah itu PENCIPTA dan PENENTU.

Jadi, teruskanlah kebiasaan muhasabah itu. Tapi jangan lupa, Allah itu yang Menentu. Kalau gagal, ketentuan Allah. Kalau berjaya pun ketentuan Allah. Dan terus yakinlah, apa yang Allah tentukan itulah yang terbaik untuk kita. Teruskanlah doa kita, dan teruskanlah usaha kita memperbanyak program-program seperti ini, moga Allah redha.

P/s: Setinggi penghargaan buat warga kerja Ibadah Camp. Walaupun tak dapat diteruskan, jangan anggap ia sia-sia. Sebab Allah akan membalas, andai kita benar-benar ikhlas. InsyaAllah.

1 comments:

Ikhwan Zhaki said...

Kita selamat jika bermula dengan memasang niat yang suci dan ikhlas. Andai kata tidak terlaksana hajat yang diusahakan, insya ALLAH pahala tetap ada di sisi ALLAH. Insya ALLAH, saya yakin anda semua mampu melaksanakan sesuatu yang lebih besar impaknya. Selamat meneruskan usaha.